salam sayang buat kengkawan sume..maafkan ketiadaan ma selama ini.ma harap kengkawan sihat hendaknya..
hari ini dengan rasminya ma ingin menjemput kengkawan datang ke kuantan pada 14/2 sempena cuti raya cina,ma akan bertunang..pada kengkawan yang kelapangan,ma berbesar hati andai kengkawan dapat menghadirkan diri walaupun majlis secara sederhana sahaja.,ma harap majlis ini dapat merapatkan hubunggan sesama kita,pada kak nita&kak putri,mai la..buleh ma kasi pekena rase buah keranji..hihi..
untuk makluman kengkawan esok,4/2 ma akan pulang ke kuantan untuk menguruskan persiapan pertunangan dan akan kembali ke ss6 pada 16/2..
ma doakan kengkawan terutama kak putri sihat selalu,kak nita kita sentiasa senyum..auwwcakk!!!
sekian saja untuk kali ini..salam rindu&sayang dari ma untuk kengkawan semua..
assalamualaikum..salam bertemu kembali..salam kerinduan buat kengkawan tersayang..ada ker yang merindui ma??hihi..maafkan ma menghilangkan diri secara tiba2..
17/12/09..
ma&dak kecik telah mengalami keracunan makanan..huhu..(ambik masa 2hari baru o.k)
menunggu panggilan dari kak putri kayangan..namun tiada perkabaran..so ma kuar sorang je la..sob sob...
12.00tgri:ma ke terminal bas perkeliling membeli tiket balik ke kuantan bersempena cuti krismas. sempat menyopping sepasang baju baru di stesen putra....yeahhh...
24/12/09..
10.30mlm:ma menaiki bas malam ke kuantan pukul 2.00pagi:selamat sampai di kuantan..
25/12/09..
11.00pg:menyambut kedatangan cik abg dari kemaman..(bertentang mata untuk kali pertama,ahaii..:)
3.00tghri:bersama adik wani/hafiz&cik abg ke kmpg kubang buaya,alor akar,ktn..menghadiri kenduri majlis kawen rakan sekolah ma..
di majlis tu ma berjumpa shahadah(5/09) yang kini telah berbadan 3...kembar baby girl rupanya...alahai..
8.30mlm:ma,cik abg,adik wani,adik hafiz&girlfrenz..ke ECM..menonton wayang avatar pada pukul 9.15mlm..
12.30mlm..balik rumah..tidooo la..
26/12/09..
3.00ptg:ma,abah&cik abg ke ECM..membeli cincin bertunang..sale 70% katenya..tapi herge..buleh tahan jugak ler..al maklum jarak&tugas menyebabkan persiapan awal dilakukan....
8.00mlm:cik abg belanja ma&family makan malam ikan bakar di tanjung lumpur..malam tu hujan lebat bangat..lagi ramai org keluar makan..ishx3..
9.30mlm:sempat lagi menonton finale sehati berdansa..yeah..sein menang ye?hihi..
1.00pagi..tidoo..
27/12/09..
11.00 pagi..ma&family ke kampung sungai ular ke rumah bakal kakak ipar bersama cik abg..ini kali kedua selepas majlis merisik ma bertemu family bakal kakak ipar....
kul 2.20 cik abg sudah selamat sampai di kijal,kemaman..
3.30ptg:ma di temani adik wani menaiki bas balik ke pj..al maklum,adik wani baru abis spm..pasang niat nak bekerja di tempat org..huhu,.,
8.30mlm:selamat sampai di ss6,selepas menaiki star,putra&bas rapid..
28/12/09..
merehatkan diri sepuasnya..
29/12/09..
12.00tghri:ma menemani adik wani mencari kerja di sekitar lokasi ss6..
2.00ptg:adik wani berjaya mendapat kerja di farmasi berhampiran..
30/12/09..
hari ini la..
ma bangun awal menyediakan sarapan behoon goreng..sempat lagi ke giant membeli barang dapur..
masak menu lunch special untuk adik wani..
tadaa...
tomyam campur..(harap maaf..visual kurang memuaskan..)
2.00 tghri:ma selamat menghantar adik wani ke tempat kerja..selamat bertugas wat adikku...
hmm..jadual ma arini..tengok tasbih cinta,cucu betong,cinta balqis..bla..bla...bla..
sampai jumpa lagi ya kengkawan.ceria2 selalu....ngantok lagi tak abg jai??
untuk pengetahuan kengkawan pada 2pagi 12hb ma telah selamat sampai di kuantan..pada petang itu sekali lagi ma telah menerima kunjungan rombongan dari kemaman..alhamdulillah semuanya berjalan lancar&selamat..kedua2 pihak merestui perhubunggan 'kami'..pertama kali ma telah dirisik oleh keluarga yang tidak pernah ma kenali..ma harapkan apa yang kami rancangkan akan selamat ke penghujungnya..insyaallah ma tak kan lupakan kengkawan..
pada petang tu rombongan si dia terdiri daripada ibu,makcik,abg,kakak,anak2 buah,cucu sedara(huhu..bakal jadi cucu ma pulak tahun depan..hihi..)..selain itu membawa bersama sebekas cincin,sepasang kain,sebekas manisan berupa kuih akok..(barulah ma tahu gitu rupanya adat merisik..)pihak ma pula membalas 2jenis kuih&kek..rombongan dijamu dengan nasi dagang..hihi..
sempena ulang tahun kelahiran ke 24tahun yang bakal tiba pada 16hb ni ma telah menerima hadiah dari si dia...
ma ingin menjemput kengkawan semua ke majlis yang bakal diadakan di kuantan..insyaallah andai tiada ada aral melintang majlis sederhana akan diadakan pada cuti 14/2/2010/ahad..bersempena cuti tahun baru cina..ma mengalukan kehadiran kengkawan,al maklum sejak ma 'tidak bekerja' ni..hanya kengkawan di blog menjadi teman setia ma..huhu..:)
sampai di sini saja untuk kali ini,semoga kita bertemu lagi..
Sebenarnya dalam dunia ini, ada pelbagai rupa lelaki sama ada berhidung belang, si buaya darat mahupun si kaki kikis yang nyata menyusahkan hidup.
Renungkan sedikit panduan berikut untuk membantu anda mencari pasangan. Wanita perlu berhati-hati dengan 10 jenis lelaki yang disenaraikan ini:
Lelaki yang sering berkata: "Abang memang sayang kepada sayang, tetapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius".
Bayangkan jika ada kaum Adam yang meluahkan kata-kata sedemikian sedangkan anda sudah menjalin hubungan lebih lima tahun dengannya.
Ini bermakna anda bukanlah orang yang diharapkannya malah barangkali, anda tidak pernah ada dalam kamus hidupnya untuk dijadikan calon suri hidupnya.
Lelaki yang sering menghubungi atau menghantar pesanan ringkas (SMS) tanpa mengira waktu.
Dia akan mengeluarkan kata-kata manis apabila benar-benar memerlukan dan anda pula sekadar dijadikan alat untuk menghiburkan dirinya. Tetapi apabila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul. Beginikah lelaki yang anda harapkan sanggup bersusah senang bersama?
Lelaki yang suka mengajak anda keluar seolah-olah teman tetapi mesra.
Anda berdua bagai merpati dua sejoli, makan malam bersama, tengok matahari terbenam di tepian pantai berdua malah ke majlis kenduri-kendara pun tidak pernah berenggang.
Sekali pandang ramai yang pasti mengatakan anda berdua pasangan paling sepadan. Namun, pada lelaki terbabit, tidak terdetik pun di ruang hatinya yang kosong itu mahukan anda mengisinya. Jadi, jangan membuang masa.
Lelaki yang sudah ada kekasih hati, tetapi tetap mahukan anda. Ini adalah jenis lelaki yang paling banyak spesiesnya. Mereka mempunyai ramai teman wanita dan mahu memiliki seramai mungkin untuk memenuhi nafsunya.
Jika pernah terserempak dengannya bermesra dengan wanita lain, lalu siapakah anda di hatinya?
Lelaki yang sering berfikir apa yang dilakukannya semua betul sedangkan pandangan anda semuanya salah.
Ketika menjalin hubungan dengannya, anda sering ditengking kononnya anda saja yang bersalah pada hal kesalahan itu kecil dan tidak perlu diperbesarkan.
Bagi dirinya, anda tidak berhak menegur dirinya yang dianggap serba-serbi ada kelebihan.
Lelaki yang naif dan seolah-olah mementingkan dirinya semata-mata. Contohnya, lelaki yang tidak faham kehendak wanita walaupun anda sudah berterus terang mengenai sesuatu, tetapi dia tidak pernah ambil pusing.
Dia sering menganggap semua perkara remeh dan selalu ambil mudah mengenai sesuatu perkara.
Lelaki yang tidak tahu kehendak sendiri. Kalau dia tidak faham kehendak sendiri, apakah anda fikir dia akan faham masalah anda apabila melayari hidup berdua kelak?
Lelaki yang selalu mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu terlalu sibuk, dia tetap tidak mempedulikan keadaan anda.
Jika boleh, dia ingin berkepit sentiasa dengan anda tidak kira siang atau malam. Bahkan, anda bosan dengan deringan telefonnya yang benar-benar mengganggu ketenangan diri.
Ada masalah yang remeh pun hendak diberitahu, menghantar SMS atau menelefon anda. Lama-lama anda rimas dan lemas.
Lelaki yang suka mengutuk lelaki lain dengan harapan anda tidak akan mendekati lelaki yang dikutuk itu.
Hakikatnya, dia seorang yang kuat cemburu dan anda di bawah pengawasannya. Padanya, lelaki lain langsung tidak boleh mendekati anda. Bolehkah anda hidup dengan lelaki yang cemburu setiap masa?
Lelaki yang tidak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Lagipun anda tidak nampak ciri kepimpinan yang ada padanya apatah lagi untuk menyandarkan seluruh harapan dan hidup anda padanya.
Katakan selamat tinggal saja jika akhirnya membuat anda kecewa dan merana!!
......ma beryukur selepas apa yang berlaku kini ma telah menemui seseorang LELAKI yang amat ma nantikan..SYUKUR, ALHAMDULILLAH..doakan kebahagiaan kami..semoga apa yang dirancang akan selamat semuanya..
jika kita kehilangan cinta,pasti ada alasan disebaliknya..alasan yang kadang kadang sukar untuk dimengertikan..namun percayalah ketika DIA mengambil sesuatu,telah DIA mempersiapkan yang lebih baik untuk diberikan..
mungkin benar,tatkala kita kehilangan baru kita menyedari.. mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti,mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu betapa besar makna dan erti seseorang pada kita..
manusia kadang kala lupa,cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan..malah tanpa cinta,perkahwinan itu akan mati,ibarat rumah kosong tanpa penghuni..
ma harap kengkawan sihat hendakNYA..di samping menjalankan tugas&selamat bercuti pada yang holiday..
sebenarnya tadi ma dah tulis berjela2 tapi terpadam la pulak..ni kira ma tulis 2x..geram sungguh la..sabo je r...
pagi ni ma bangun awal..semalam income dah masuk..siap2 masak pagi tadi ma bawa dak kecik jalan ke bank.ler ni dak kecik sedap tido.. kepenatan...
cite cikit pasal banjir..kesian atok n cheq ma..dapat panggilan dari kampung..rumah naik air..sembahyang pun atas katil..dah tu,blackout lagi..ye la..banyak barang letrik masuk air..plug2 lagi la kan..sempena cuti raya haji ni insyaallah ma n family akan balik ke terengganu..
esok ma akan berjalan jauh..ma akan balik ke kuantan&terengganu dalam 5hari sempena cuti raya haji ni..family kaklong pula akan pulang beraya ke kelantan..rasanya baru lagi ma balik kuantan kan..hihi..yang pasti bulan 12 ni ma akan balik lagi..bln 1,2..bla...bla..tunggu je la..
kalu kengkawan nak tahu rumah ma dok kt ss6 ni dekat dengan kompleks tabung haji..bebaru ni setiap hari nampak dalam 7-10 bas sehari lalu..ramai gak jemaah haji kita ni..malam pula,kalu ma tido tak lena,boleh dengar pengumuman persediaan jemaah haji nak bertolak ke airport..
sempena hari raya haji ni ma ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha..pada kengkawan yang nak balik bercuti n berjalan jauh tu..berhati2lah..pandu cermat jiwa selamat..biar lambat asal selamat..jangan xsampai2 sudah r..
akibat hujan lebat berlaku sedikit kelewetan jadual perjalanan,tetapi ma&family telah sampai dengan selamat..
21/11/2009
menerima kunjungan org kemaman..
alhamdulillah semuanya berjalan lancar..tak sangka pertemuan kali ini membuatkan semuanya berubah..ma tak jangkakan keadaan menjadi secepat itu..insyaallah andai sudah seperti yang rancang&ditetapkanNYA,perkhabaran gumbira akan ma titipkan tidak lama lagi..pihak sebelah menginginkan semuanya berjalan secepat mungkin..doa2kanlah semuanya berjalan lancar..AMIN..
22/11/2009
ke jengka4,menghadiri kenduri kawen..
alahai...katanya seri pengantin...hihi..
2.ootghri:bertolak kembali ke ss6..
7.30mlm:makan malam di klang bersama keluarga..
23/11/2009..
ma meneruskan aktiviti bersama dak kecik..
selamat menjalankan tugas...selamat bercuti pada cikgu2..
ceria-ceria selalu ya!
ma:ntah la,sebelum ni kita menanti..tapi bila tibanya orangya..hmm.YA ALLAH..KAU tetapkanlah hati hambamu ini..
apa khabar kengkawan yang ma kasihi..harap semuanya sihat hendakNYA..bertemu lagi kita di hari khamis ni..salam khamis la yer..semoga gembira&ceria sokmolah..
hehe..mesti kengkawan tertanya2 kans..apehal dengan dak kema sowang ni..macam biskut lak..kejap ade kejap takdek..sorry la..sejak 2menjak ni ma kebizian...mana nk jaga restoran,kebun,kolam ikan..bla...bla...bla..tu pasal tak sempat nak memblog..hihi..jangan mare daa..nanti kena jual..
tak de apepun entry ma arini..ma nak bagitau esok ma akan balik kuantan..sabtu ni ada kenduri kawen kawan kaklong..so ma teman la..sambil tu ada agenda tersembunyi..hehe..family ma kat kuantan jer tau tau termasuk kengkawan..kaklong ma pun tak tau lagi cite ni...insyaallah kalu xde ape2hal sabtu ni ada orang kemaman nak datang rumah..sape tu ek?suprise la...ma pun suspens gak ni..kita tunggu&lihat je..tp untuk pengetahuan kengkawan..salah seorang tu adalah kawan@abg angkat ma kat ekawan &dia pun salah seorang blogger cuma xaktif jer..
semalam adik wani telepon bagitau kawan baik ma,shahrul hantar kad jemputan 29hb ni.. hmmm...sowang lagi..alhamdulillah..tapi ma tak dapat la menghadirkan diri pasal ma dah balik minggu ni..ala kans..
takat ni je la,untuk kali ini,ada masa kita jupe lagi di lain entry..salam ceria untuk kengkawan..papaii..
yuhuuu..ada berita tergempar nih!nak tahu xxxxxxxxxxx??
hehehe...sebenarnya..............
ma akan balik bercuti ke kuantan..tu je..
petang ni abah ma akan datang ambik ma(hmm..manja sgt la.18hb ni rumah kt kuantan wat open house..hehe..turn adik hafiz ma nak menjamu kenkawan kat tempat keje dia la..tu la pasal ma balik..pasal petang semalam umi tepon bagitahu..nak harap adik wani tu same je umi ma buat keje sesorang..hikhik..kebetulan adik dah confirmkan dengan kenkawan dia dulu,ikut abah nak bawa umi balik terengganu esok..tapi tunda la..kepada kenkawan yang dok area kuantan tu terutama kak yang,kak nur @ wulan&adik tu jemputlah datang yer..dan...insyaallah kalu dan pada 24hb ni ma akan ke kenduri sambut menantu kawan ma kt kampung berjaya permai..kempadang..kuantan..
k la tu je nak bagitahu..salam sayang dari ma..semoga kenkawan sihat semuanya terutama kak putri semoga bertambah sihat hendaknya..AMIN..
ma:psstttt!tak sangka jupe abg cpg&abg emil kat fb..tq add ma..pada kenkawan yang adoo tu add la ma ek..leh la kite berjiran dalam farmtown,farmville,cafe world,island paradise..hikhik..
camne hari minggu kengkawan?hmmm..ma melepak kat rumah je minggu ni..insyaallah minggu depan mungkin ma akan balik kuantan..
cite pasal 'function open house tu'..hihihi...o.k je..hampeh!ma tak bawa sepasang pun baju kurung..so terpaksa bregaya dengan baju pinjam..tiba je kitaorang kat pagar utama..abaglong kena sapa dengan anggota..kengkawan abglong conpius antara ma&kaklong..padahal tengok baju je dah boleh tahu kan..dorang anak beranak pakai sedondon berbaju hijau..yang paling best bab makan ler ada sate,nasi impit kuah kacang,nasi minyak,kambing panggang,mee goreng,mee sup..ABC,dll..menu pulak dihidang secara gerai..kak chimorin..pasal abg2 polis tu..takat.cuci mata jekk.malam tu ma lebih fokus pada makan..kahkahkah...
macam biasa ler..tu jer nak cite..selamat bertugas pada kengkawan yang bekerja..pepagi ni janganlah dok mengulor..BUAT KiJE!hihi..k,nak menebas blog kengkawan pulak..salam sayang dari ma untuk kengkawan sume...papaii..
time ni nak balik daaa...sempat pose..(ada gaya polis ker?)
KUANTAN: “Tolonglah, saya merayu supaya dilepaskan. Sampai bila penderitaan ini akan berakhir,” begitu rayuan Noor Afzan Janudin, 25, terhadap suaminya yang lebih dikenali sebagai ‘Ali Mamak’.
Sehingga kini, keadaan anak bongsu daripada tiga beradik itu dilaporkan stabil kecuali kaki kanannya tidak dapat bergerak berikutan kecederaan dialami akibat ditetak suami di kedua-dua pinggang.
Menceritakan semula kejadian itu, Noor Afzan berkata, dia yang tiba di tempat kerjanya di Lorong Sri Kuantan, dekat sini, dihampiri suaminya sebelum abangnya, Yusri Amir, 33, tiba tidak lama kemudian.
Menurutnya, selepas berlaku pertengkaran, suaminya kemudian mengeluarkan sebilah parang sebelum terus menetak pinggang kirinya menyebabkan dia meraung menahan kesakitan.
Katanya, ketika dia cuba menyelamatkan diri, suaminya kemudian sempat menetak pinggang kanannya hingga berlumuran darah sebelum tersungkur di depan abangnya.
Menurutnya, akibat tetakan itu, dia hampir pengsan, namun terpaksa menggagahkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
“Ketika itu, saya tidak fikir soal mati, cuma fikir hendak selamatkan diri sebelum rebah di depan abang.
“Selain itu, saya juga bimbang soal keselamatan keluarga selepas suami merampas beg tangan mengandungi kunci rumah, kunci pejabat dan beberapa dokumen penting.
“Saya menuntut cerai kerana dia bersikap panas baran serta tidak bertanggungjawab terhadap keluarga selain sering memukul saya ketika di rumah dan saya tidak akan memaafkan perbuatannya selama ini terhadap saya dan keluarga,” katanya.
Menurutnya, dia percaya dan yakin suaminya itu masih di sekitar bandar ini serta berharap segera ditahan dan didakwa di mahkamah.
Semalam, Harian Metro melaporkan, seorang isteri berusia 25 tahun cedera parah di pinggang selepas ditetak suaminya hanya kerana menuntut fasakh.
Turut cedera, abang mangsa, Yusri Amir, 33, yang menerima tujuh jahitan di kening kiri selepas terkena libasan ketika cuba menyelamatkan adiknya.
metro online..
semalam ma dah baca berita ni..balik keje petang semalam kaklong bagitahu ma pasal berita kawan ma kena tetak dalam paper..tak terlintas pulak kawan ma yang terkena..ma tak terperasan pulak gambar dia.umi ma yang mengconfirmkan cite ni pg td..afzan @ black ni anak polis jugak.berjiran dengan ma..tapi dah lama dia berpindah sejak ayah dia meninggal.ma tahu dia dah kawen..kalu imbas perangai si black ni time dedulu banyak kes..kalu kat kem galing,sebut je black.. hmmm..semua org kenal..tapi tak sangka jadi camni lak..kesian kan..tu je la nak cite..selamat tengahari..
assalamualaikum..salam hari jumaat 20 syawal..hai kengkawan..semoga sihat hendaknya......terkejut ma semalam bila dapat tahu berita tentang kak puteri_salju81..semoga sakit kak puteri tak serius..perkabaran ni ma dapat melalui abg zam@ pelangi, terima kasih ya..kebetulan semenjak 2 ni ma rajin pulak melawat inbox ma,semalam ma dapat mesej dari abg ijal @ ichucky bertanyakan tentang blog nar85..hihi..ada gak org tertanya2..bukan apa..tiada isu ler..so pasal tu la ma teropong dari jauh jer(pinjam sat ayat wak..hihi)..tunggu ada cite baru ma memblog....kebetulan petang semalam,kaklong bagitau malam ni ma kena join dorang pasal ada "open house" kat IPD Klang..so ada juga la cite untuk memblog iniari.nampak gayanya malam ni kena touch up lebih ler...glitter lagi tu..hihi....kata orang rezeki jgn ditolak..manala tau..sambil dapat cuci mata tu mana tahu tersangkut abg2 polis bujang lagi hensem kans..hikhik..k la..terlebih sudah..tu la pasal ma tak boleh memblog..meleret2 ler.nak cite cikit kesian kaklong..alah orang berbadan 2 ler.bebaru ni tiap kali makan sakit perut mesti masuk tandas..nak kate ma masak xkena xjugak pasal ma tak sakit pun..huhu..mujur minggu ni kaklong dah o.k..makan pun dah selera..muntah2 tu biasa la kan.....kesian....o.k..takat ni je untuk kali ini..semoga hidup kita diberkati di hari jumaat yang mulia ini..jangan mengulor jer..buat keje!salam sampai jumpa lagi ya!papaiii...
ma:mana kak zai ni diam jer..ma sms tak berbalas pun..huhu..dik ra kak ma mintak maaf ye pasal tak berkesempatan datang rumah aritu...kak puteri..ma pun nak minta maaf..
adoyaiii...tak terkata nak kate ape.. kelakar pun adoo..ma dah bersiap.. dengan dak kecik yang bersemangat lagi dah amik kasut dalam kabinet kasut.. kononnya..kitaorang nak ke bank iniari. tapii..camno la cheq nak kuor..gril berkunci..bebaru ni mangga gril rosak so abg long dah tukor kunci baru..dah la tak tinggal kunci spare..terkunci dlm rumah ler kitaorang gamaknya..salin jeans&tudung terus ler ma on9..geram sungguh..dah bersemangat dah tadi tu.. errrr tu je nak kabo....hihi..salam khamis 12syawal kengkawan..selamat bertugas, ceria-ceria selalu..
ma:mm..sebelum jupe hati meronta sangat..tapi..bila dah jupe kosong je..mcm tak de apa2 perasaan..kesian juga dengan dia..tapi kita tak boleh tipu diri sendiri..kira rindu sbg kawan je kot yer..tu pasal bila dah jupe ma tak rase apa2 dah..biar betul!
..sowang lagi bbf nak kawen.huhu..cam tak caye je..18hb ni..
9.00pg-beraya di kampung kolam,k.ibai..(ke rumah mak su yah,pakcik rahim,abah)
pose at k.ibai..
11.00-kaklong bertolak beraya ke kelantan..
12.00-ma,umi,hafiz,adik wani&chek beraya ke kampung kubang ikan.(rumah pakcik jamil)
1.00tgh-balik ke sg kerak,dapat panggilan dr org ajil..
1.30-nazri datang beraya..
4ptg-ma,umi,wani,hafiz,chek&toki beraya ke seberang marang,bukit gasing..(rumah mak teh,mak da,mak long)
at bukit gasing..hihi..
22/3/2009
8.00pg-ke pasar marang..
10.oo-beraya rumah jiran di sg kerak..
12.00-makan kenduri akikah kat kmpg rhu rendang..
1.00-berehat di rumah abah di bukit payung..
3.00-beraya ke rumah pakcik abdillah&pakcik fauzi..dapat panggilan dr org batu 6..
4.00-6.00ptg..beraya di sg kerak lagi..
6.30-shah gatang beraya..(hmm..toki tanya,mana satu ma nak ni?hmm..no komen..
23/9/2009
free...
belakang reban ayam pun jadi..hihi..
11.30 pg-ke bandar terengganu..jalan2 cari makan..(ronda2 bandar terengganu,g maydin mall&pasar payang aje)
ma&adik hafiz ler..
5.00 ptg-kt sg kerak..
24/9/2009
9.00 pg-beraya ke rumah maksu
pose dulu yer baru kiter makan...
9.30- otw balik ke kuantan..
25/9/2009
8.00pg-tolong umi di dapur(soto,nasi himpit kuah kacang+ayam&beehon sup)
3.00tgh-bakal family adik ipar datang beraya.. hmm..nak langkah bendul nampak si hafiz ni!
4.ooptg-kaklong sampai dr kelantan..
ma:nape r awal seseangat dorang balik ktn..hmm..esok lusa la ni ma kena balik pj....(nak tau..berlaku kemalangan pada kereta abglong akibat di tabrak budak pompuan semasa di kemaman,kes dah settle..kete pun dah o.k..)
26/9/2009
12.00tgh-melayan kawan2 sekolah adik wani datang beraya..
pastu merilekskan diri jer...bla...bla.....blaaaa....
27/9/2009
10.00pg-bertolak balik ke pj..
2.00-terus beraya ke hulu selangor,puncak alam..
4.00ptg..sampai di ss6..
7.00mlm-beraya ke ulu yam..
11.00-tidooooooooo
28/9/2009
10.00pg-beraya ke rumah pak ngah abglong di banting,teluk panglima perang..
assalamualaikum..hai kawan-kawan..windunyer..dah lame rasenya ma tak memblog..hehe..salam berhujung minggu di bulan ramadhan al mubarak..o.k ke puasa takat ini..setakat ni ma o.k lagi masih belum k.o..hehe...
pagi tadi ma jenjalan ke area masjid india..beli kelengkapan raya untuk adik wani..semuanya dah settle..ma beli juga rantai kristal yang ma dok survey aritu..lagi murah..untuk digayakan dengan baju kurung ma la..hihi..sekejap je ma tawaf maklumlah bulan pose kans,lagipun tak syok cuci mata sesorang kan..balik je ma keseorangan pasal anak beranak tu ke klang.. malam ni ma berbuka seseorang je la pasal diorang berbuka kat rumah pakngah kat sana..
sempat juga ma tepon umi kat kuantan,dah sudahkan 3jenis kuih raya katenya..tempeyek,tart nanas gulung&cornfleaks madu..akan datang biskut mazola..nyummm...nyumm..
cuti syawal ni ma akan balik ke kuantan pada 19hb..dan ma akan bercuti selama 2minggu..tahun ni ma akan menyambut raya pertama di kuantan..kali ini ma,umi&adik akan beraya tanpa abah kerana abah akan bertugas di kelantan selama sebulan mulai 15hb ni..dan ma akan beraya di terengganu pada raya ke 2-5..
di kesempatan ini ma ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..yang bakal tiba tidak lama lagi..maaf zahir & batin..
uncle..abang..abang..akak..akak..wit raya untuk ma ada xxxxxxxxx?hehe..
ni la menu berbuka ma hari ini..mee udang..
mulanya nak wat mee tomyam tapi cari bahan kat giant tak de daun limau..so ni la jadinya..tapi missing satu bahan la..terlupa beli fishkat la.. hehe..
ma wat tambahan cikit..ma suka makan fishball..
hohohohoooo...balik kampung...........sian org jb,kene naik flight balik terengganu....huhu..